2018年4月1日星期日

Pantang larang dalam masyarakat cina


Terdapat pelbagai pantang larang yang wujud di dalam kaum cina. Sebagai contoh, penyapu mempunyai roh atau semangat sediri dan boleh digunakan untuk membersihkan rumah sahaja. Ia tidak boleh digunakan untuk membersihkan perkakas memuja dan juga kawasan sembahyang di rumah orang cina. Semasa perayaan Tahun Baru Cina, tidak boleh menyapu rumah pada hari raya pertama kerana menganggap ia boleh membuang segala keuntungan atau “ong” yang ada.

            Selain itu, nombor 8 adalah paling digemari oleh orang Cina kerana sebutannya dalam bahasa Kantonis dan Mandarin bererti tuah. Oleh itu, tidak kira apa situasi banyak orang cina akan selalu mengambil nombor 8 kerana bermakna mereka akan tuah pada masa depan. Tetapi nombor 4 pula melambangkan kematian dan ia jarang digunakan sebagai nombor plat kereta, alamat dan lain-lain.

            Dalam adat orang Cina, memotong kuku jari kaki atau tangan pada waktu senja akan mengalu-alukan kehadiran hantu dan roh-roh jahat. Sisa sisa kuku yang telah dipotong mestilah dibuangkan di tempat yang tersembunyi kerana mengikut adat ia boleh digunakan untuk menjatuhkan umpahan terhadap pemilik kuku itu.

            Seterusnya ialah anjing berkebolehan melihat mahluk ghaib dan akan menyalak apabila terserempak dengannya. Jika anjing itu menyalak tidak terhenti-henti dan ini bererti satu kematian akan terlangsung tidak lama lagi. Mengikut kepercayan orang Cina, air mata dari seekor anjing jika disapukan di atas mata seseorang, akan memperolehi keupayaan untuk melihat ke dalam alam roh-roh, terutama roh nenek moyang.

            Kesimpulannya, semua pantang larang ini mestilah percayai dan juga selalu mengamalkan kerana akan membawa kerugian pada masa depan.

Nilai-nilai berkaitan dengan keluarga

Di dalam sebuah keluarga mestilah mempunyai nilai-nilai murni dan moral agar keluarga itu lebih bahagia dan harmoni. Jika keluarga itu tidak mempunyai sebarang nilai dan ini bermakna keluarga tersebut tidak harmoni.

            Nilai yang pertama harus diamalkan dalam sebuah keluarga ialah kasih sayang. Ahli keluarga mestilah mengamalkan sikap bertimbang rasa dan juga mengambil berat dengan perasaan dengan satu sama lain. Selain itu, anak-anak mestilah menjaga ibubapa dengan baik kerana ibubapa membesarkan kita dengan susah. Seterusnya ialah kita mesti memberi penghargaaan terhadap ibubapa dengan meraikan hari-hari istimewa seperti hari bapa, hari lahir.

            Nilai yang kedua ialah hormat dan taat kepada anggota keluarga. Hormat-menghormati sesama anggota keluarga demi menjaga kerukunan keluarga. Selain itu, berinteraksi dengan sopan semasa ahli keluarga kerana ini tidak akan melakukan perselisihan faham. Seterusnya, anak-anak mestilah mematuhi arahan ibubapa agar kerja ibubapa akan lebih senang.

            Nilai yang seterusnya ialah mengekalkan tradisi kekeluargaan. Setiap anggota keluarga mestilah memberi sokongan dan juga melibatkan diri dalam aktiviti kebudayaan kerana akan lebih memahami kebudayaan kita. Selain itu, mengamalkan tradisi keluargaan supaya tidak dilupakan oleh generasi akan datang. Seterusnya ialah kita mesti berasa bangga dan juga tidak merasa rendah diri dengan amalan tradisi kekeluargaan kita.

            Nilai yang terakhir ialah tanggungjawab terhadap keluarga. Setiap anggota keluarga mempunyai peranan sendiri agar kerja keluarga itu lebih ada urutan. Tanggungjawab ibubapa ialah mengambil berat terhadap pelajaran anak-anak. Ibubapa mesti selalu menanyakan situasi anak di sekolah agar mereka dapat memberitahu masalah di sekolah dan ibubapa boleh memberi pandangan untuk mengatasi masalah itu.

            Kesimpulannya, sebuah keluarga itu mestilah mengamalkan nilai-nilai agar dapat keluarga yang lebih harmoni dan bahagia.

Cara-cara untuk mengeratkan hubungan sebuah kekeluargaan


Pada masa kini, mempunyai banyak punca menyebabkan hubungan sebuah keluarga tidak rapat dan ini juga akan menyebabkan banyak kesan terhadap ahli keluarga. Antara punca yang dapat menyebabkan hubungan sebuah keluarga tidak rapat ialah ibubapa terlalu sibuk dengan kerja dan tidak mempunyai masa untuk menemani anak-anak. Ini akan menyebabkan anak  tersebut akan membuat tindakan yang tidak sepatutnya kerana dia menggangap ibubapanya tidak mempedulikannya dan boleh membuat apa-apa sahaja. Tetapi juga mempunyai cara-cara untuk merapatkan hubungan kekeluargaan dan keluarga yang harmoni dan bahagia.

            Sebenarnya mempunyai banyak cara untuk merapatkan hubungan sebuah keluarga. Cara yang pertama ialah ibubapa mestilah meluangkan masa dengan anak-anak. Sekiranya ibubapa sangat sibuk tetapi mesti meluangkan masa untuk menemani anak-anak dan ini akan menyebabkan anak berasa lebih bahagia kerana mempunyai ibubapa sayangnya dan mengambil beratnya. Anak-anak akan dapat berbual atau memberitahu tentang mereka di sekolah dengan ibubapanya kerana anak-anak sangat suka mengkongsikan perkara-perkara yang dia temui dengan orang yang dia percayai.

            Selain itu, cara yang kedua ialah ahli keluarga mestilah saling memahami perasaan antara satu sama lain. Peka akan kelebihan dan kelemahan setiap anggota keluarga kerana tidak akan berlaku perselisihan faham. Ahli keluarga akan berasa marah dan sedih jika berlaku perselisihan faham kerana setiap anggota keluarga ialah orang yang dia percayai. Ahli keluarga juga boleh bincang masalah yang dihadapi oleh mereka dengan cara yang betul kerana pandangan atau pendapat ahli keluarga akan lebih betul berbanding dengan orang lain.

            Cara yang seterusnya ialah melakukan suasana rumah yang kondusif kerana ini akan menjamin kebahagiaan keluarga. Ibubapa mestilah sensitif akan keperluan asas demi keselesaan setiap anggota keluarga. Anak-anak akan lebih suka duduk di dalam ruma kerana benda-benda yang dia diperlukan mempunyai di dalam rumah. Seterusnya cara yang terakhir ialah sifat saling menghormati dengan ahli keluarga lain. Ahli keluarga yang paling tua seperti datuk dan nenek perlu dihormati. Selain itu, anak-anak juga mestilah menghormati ibubapa kerana mereka lebih besar daripada kita dan mereka juga ialah orang yang membesarkan kita.

            Kesimpulannya, setiap anggota keluarga mesti melakukan tindakan yang betul agar dapat keluarga yang lebih bahagia dan harmoni.