Di
dalam sebuah keluarga mestilah mempunyai nilai-nilai murni dan moral agar
keluarga itu lebih bahagia dan harmoni. Jika keluarga itu tidak mempunyai
sebarang nilai dan ini bermakna keluarga tersebut tidak harmoni.
Nilai yang pertama harus diamalkan dalam sebuah keluarga
ialah kasih sayang. Ahli keluarga mestilah mengamalkan sikap bertimbang rasa
dan juga mengambil berat dengan perasaan dengan satu sama lain. Selain itu,
anak-anak mestilah menjaga ibubapa dengan baik kerana ibubapa membesarkan kita
dengan susah. Seterusnya ialah kita mesti memberi penghargaaan terhadap ibubapa
dengan meraikan hari-hari istimewa seperti hari bapa, hari lahir.
Nilai yang kedua ialah hormat dan taat kepada anggota
keluarga. Hormat-menghormati sesama anggota keluarga demi menjaga kerukunan
keluarga. Selain itu, berinteraksi dengan sopan semasa ahli keluarga kerana ini
tidak akan melakukan perselisihan faham. Seterusnya, anak-anak mestilah
mematuhi arahan ibubapa agar kerja ibubapa akan lebih senang.
Nilai yang seterusnya ialah mengekalkan tradisi
kekeluargaan. Setiap anggota keluarga mestilah memberi sokongan dan juga
melibatkan diri dalam aktiviti kebudayaan kerana akan lebih memahami kebudayaan
kita. Selain itu, mengamalkan tradisi keluargaan supaya tidak dilupakan oleh generasi
akan datang. Seterusnya ialah kita mesti berasa bangga dan juga tidak merasa
rendah diri dengan amalan tradisi kekeluargaan kita.
Nilai yang terakhir ialah tanggungjawab terhadap
keluarga. Setiap anggota keluarga mempunyai peranan sendiri agar kerja keluarga
itu lebih ada urutan. Tanggungjawab ibubapa ialah mengambil berat terhadap
pelajaran anak-anak. Ibubapa mesti selalu menanyakan situasi anak di sekolah
agar mereka dapat memberitahu masalah di sekolah dan ibubapa boleh memberi
pandangan untuk mengatasi masalah itu.
没有评论:
发表评论