2018年4月1日星期日

Pantang larang dalam masyarakat cina


Terdapat pelbagai pantang larang yang wujud di dalam kaum cina. Sebagai contoh, penyapu mempunyai roh atau semangat sediri dan boleh digunakan untuk membersihkan rumah sahaja. Ia tidak boleh digunakan untuk membersihkan perkakas memuja dan juga kawasan sembahyang di rumah orang cina. Semasa perayaan Tahun Baru Cina, tidak boleh menyapu rumah pada hari raya pertama kerana menganggap ia boleh membuang segala keuntungan atau “ong” yang ada.

            Selain itu, nombor 8 adalah paling digemari oleh orang Cina kerana sebutannya dalam bahasa Kantonis dan Mandarin bererti tuah. Oleh itu, tidak kira apa situasi banyak orang cina akan selalu mengambil nombor 8 kerana bermakna mereka akan tuah pada masa depan. Tetapi nombor 4 pula melambangkan kematian dan ia jarang digunakan sebagai nombor plat kereta, alamat dan lain-lain.

            Dalam adat orang Cina, memotong kuku jari kaki atau tangan pada waktu senja akan mengalu-alukan kehadiran hantu dan roh-roh jahat. Sisa sisa kuku yang telah dipotong mestilah dibuangkan di tempat yang tersembunyi kerana mengikut adat ia boleh digunakan untuk menjatuhkan umpahan terhadap pemilik kuku itu.

            Seterusnya ialah anjing berkebolehan melihat mahluk ghaib dan akan menyalak apabila terserempak dengannya. Jika anjing itu menyalak tidak terhenti-henti dan ini bererti satu kematian akan terlangsung tidak lama lagi. Mengikut kepercayan orang Cina, air mata dari seekor anjing jika disapukan di atas mata seseorang, akan memperolehi keupayaan untuk melihat ke dalam alam roh-roh, terutama roh nenek moyang.

            Kesimpulannya, semua pantang larang ini mestilah percayai dan juga selalu mengamalkan kerana akan membawa kerugian pada masa depan.

没有评论:

发表评论