Terdapat
pelbagai pantang larang yang wujud di dalam kaum cina. Sebagai contoh, penyapu
mempunyai roh atau semangat sediri dan boleh digunakan untuk membersihkan rumah
sahaja. Ia tidak boleh digunakan untuk membersihkan perkakas memuja dan juga
kawasan sembahyang di rumah orang cina. Semasa perayaan Tahun Baru Cina, tidak
boleh menyapu rumah pada hari raya pertama kerana menganggap ia boleh membuang
segala keuntungan atau “ong” yang ada.
Selain itu, nombor 8 adalah paling digemari oleh orang
Cina kerana sebutannya dalam bahasa Kantonis dan Mandarin bererti tuah. Oleh
itu, tidak
kira apa situasi banyak orang cina akan selalu mengambil nombor 8 kerana
bermakna mereka akan tuah pada masa depan. Tetapi nombor 4 pula melambangkan
kematian dan ia jarang digunakan sebagai nombor plat kereta, alamat dan
lain-lain.
Dalam adat orang Cina, memotong kuku jari kaki atau
tangan pada waktu senja akan mengalu-alukan kehadiran hantu dan roh-roh jahat.
Sisa sisa kuku yang telah dipotong mestilah dibuangkan di tempat yang
tersembunyi kerana mengikut adat ia boleh digunakan untuk menjatuhkan umpahan
terhadap pemilik kuku itu.
Seterusnya ialah anjing berkebolehan melihat mahluk ghaib
dan akan menyalak apabila terserempak dengannya. Jika anjing itu menyalak tidak
terhenti-henti dan ini bererti satu kematian akan terlangsung tidak lama lagi.
Mengikut kepercayan orang Cina, air mata dari seekor anjing jika disapukan di
atas mata seseorang, akan memperolehi keupayaan untuk melihat ke dalam alam
roh-roh, terutama roh nenek moyang.
Kesimpulannya, semua pantang larang ini mestilah percayai
dan juga selalu mengamalkan kerana akan membawa kerugian pada masa depan.