2018年4月1日星期日

Cara-cara untuk mengeratkan hubungan sebuah kekeluargaan


Pada masa kini, mempunyai banyak punca menyebabkan hubungan sebuah keluarga tidak rapat dan ini juga akan menyebabkan banyak kesan terhadap ahli keluarga. Antara punca yang dapat menyebabkan hubungan sebuah keluarga tidak rapat ialah ibubapa terlalu sibuk dengan kerja dan tidak mempunyai masa untuk menemani anak-anak. Ini akan menyebabkan anak  tersebut akan membuat tindakan yang tidak sepatutnya kerana dia menggangap ibubapanya tidak mempedulikannya dan boleh membuat apa-apa sahaja. Tetapi juga mempunyai cara-cara untuk merapatkan hubungan kekeluargaan dan keluarga yang harmoni dan bahagia.

            Sebenarnya mempunyai banyak cara untuk merapatkan hubungan sebuah keluarga. Cara yang pertama ialah ibubapa mestilah meluangkan masa dengan anak-anak. Sekiranya ibubapa sangat sibuk tetapi mesti meluangkan masa untuk menemani anak-anak dan ini akan menyebabkan anak berasa lebih bahagia kerana mempunyai ibubapa sayangnya dan mengambil beratnya. Anak-anak akan dapat berbual atau memberitahu tentang mereka di sekolah dengan ibubapanya kerana anak-anak sangat suka mengkongsikan perkara-perkara yang dia temui dengan orang yang dia percayai.

            Selain itu, cara yang kedua ialah ahli keluarga mestilah saling memahami perasaan antara satu sama lain. Peka akan kelebihan dan kelemahan setiap anggota keluarga kerana tidak akan berlaku perselisihan faham. Ahli keluarga akan berasa marah dan sedih jika berlaku perselisihan faham kerana setiap anggota keluarga ialah orang yang dia percayai. Ahli keluarga juga boleh bincang masalah yang dihadapi oleh mereka dengan cara yang betul kerana pandangan atau pendapat ahli keluarga akan lebih betul berbanding dengan orang lain.

            Cara yang seterusnya ialah melakukan suasana rumah yang kondusif kerana ini akan menjamin kebahagiaan keluarga. Ibubapa mestilah sensitif akan keperluan asas demi keselesaan setiap anggota keluarga. Anak-anak akan lebih suka duduk di dalam ruma kerana benda-benda yang dia diperlukan mempunyai di dalam rumah. Seterusnya cara yang terakhir ialah sifat saling menghormati dengan ahli keluarga lain. Ahli keluarga yang paling tua seperti datuk dan nenek perlu dihormati. Selain itu, anak-anak juga mestilah menghormati ibubapa kerana mereka lebih besar daripada kita dan mereka juga ialah orang yang membesarkan kita.

            Kesimpulannya, setiap anggota keluarga mesti melakukan tindakan yang betul agar dapat keluarga yang lebih bahagia dan harmoni.

8 条评论:

  1. Cara tidak cukup dan tidak peribahasa

    回复删除
  2. Bagus tetapi tidak Ada peribahasa

    回复删除
  3. 回复
    1. not boring. oh and if it's boring... you don't need to send it out! You just need to quit this page and don't send anything in the chat... DONE

      删除
  4. terima kasihhhh ini sangat membantu saya untuk membuat karangan😊😊

    回复删除